Kuasai dunia skrip perubatan dengan bimbingan profesional

Kenapa pilih HA Lifecode Solution sebagai rakan penulisan skrip anda?

0 tahun pengalaman dalam dunia perubatan

0 tahun dalam dunia akademia

Fakta kurang tepat
yang berlaku dalam babak perubatan

Penggunaan bahasa perubatan
(Medical Jargon)

Kurang tepat

Doktor bercakap dengan pesakit menggunakan bahasa perubatan yang sukar difahami.

Doktor hanya menggunakan bahasa perubatan ketika berkomunikasi dengan doktor dan anggota kesihatan, tetapi menggunakan bahasa paling mudah difahami apabila berkomunikasi dengan pesakit.

Cedera serius tapi masih lagi boleh bercakap

Kurang tepat

Pelakon telah ditikam dari belakang hingga tembus, tetapi masih lagi boleh bercakap dengan jelas.

Apabila seseorang telah ditikam menembusi anggota dalam badan seperti aorta atau esophagus, mereka tidak boleh lagi bercakap dan bernafas

Tanda-tanda penyakit (clinical signs) yang tidak tepat untuk penyakit tertentu

Kurang tepat

Watak digambarkan diserang asthma, tetapi menunjukkan tanda klinikal yang tidak tepat seperti tiada wheezing (bunyi semput) atau stridor (bunyi tersekat di saluran pernafasan)

Setiap jenis penyakit mempunyai tanda klinikal yang unik yang boleh dibezakan oleh doktor perubatan dan anggota kesihatan yang terlatih

Penggunaan peralatan perubatan yang tidak tepat untuk merawat pesakit

Kurang tepat

Penggunaan peralatan perubatan tidak tepat (endotracheal tube, oxygen face mask, nasal prong, intravenous drip). Contohnya, pesakit memerlukan oksigen, tetapi dipasangkan alat nebuliser (untuk rawatan asthma) untuk memberikan oksigen.

Setiap peralatan mempunyai fungsi yang spesifik. Contohnya, mesin nebuliser digunakan untuk memberikan ubat ventolin untuk penyakit asthma, manakala endotracheal tube, face mask atau nasal prong digunakan untuk memberikan oksigen kepada pesakit yang memerlukan bantuan oksigen.

Suasana yang tidak realistik

Kurang tepat

Watak dimasukkan ke bilik ICU, tetapi kelengkapan dan susun atur bilik seperti wad biasa kerana ketiadaan peralatan canggih (monitor, infusion pump), dan tiada jururawat yang bertugas sepanjang masa.

ICU adalah lokasi rawatan yang paling intensif di sesebuah hospital dan mempunyai kelengkapan paling canggih untuk memantau keadaan pesakit yang tenat. Pesakit juga sentiasa dipantau secara intensif oleh jururawat sepanjang masa.

Watak mengalami koma yang lama tetapi boleh pulang terus ke rumah

Kurang tepat

Watak mengalami kecederaan kepala dan otak (concussion), bangun dari koma, tetapi tiada tanda kecederaan atau balutan di kepala serta dibenarkan pulang terus ke rumah.

Pesakit yang mengalami koma disebabkan kecederaan kepala kebiasaannya mengalami kecederaan yang serius, dan mempunyai tanda kecederaan kepala. Mereka juga mengalami pengecutan otot (atrofi otot) dan perlu menjalani sesi fisioterapi serta pemantauan lanjut sebelum dibenarkan pulang.

Kesan negatif kesalahan babak

Salah Faham Dalam Kalangan Penonton Awam

  • Penonton mungkin percaya situasi kritikal seperti serangan jantung atau kecederaan parah boleh dipulihkan dengan cepat atau tanpa rawatan sebenar.
  • Mencetuskan mitos seperti “bangun dari koma boleh terus berjalan” atau “darah banyak keluar pun masih boleh bercakap".
  • Ini akan menyebabkan penurunan kefahaman kesihatan awam.

Menurunkan Kredibiliti Drama

  • Penonton dengan latar belakang perubatan akan perasan kesalahan tersebut dan menganggap drama itu tidak berkualiti.
  • Boleh menjejaskan reputasi produksi dan menyebabkan kehilangan kepercayaan penonton.

Memberikan Harapan Palsu

  • Keluarga pesakit sebenar mungkin berharap sesuatu yang tidak realistik, contohnya:
    • Mengharap pesakit koma sedar dengan segera.
    • Tidak memahami kenapa rawatan sebenar nampak lambat berbanding dalam drama.
  • Boleh menyebabkan konflik dengan staf perubatan sebenar di hospital.

Merendahkan Profesion Perubatan

  • Penggambaran doktor atau jururawat sebagai tidak cekap atau tidak mengikut protokol boleh mencemarkan imej profesion kesihatan.
  • Dalam jangka panjang, ini boleh mengganggu keyakinan orang ramai terhadap sistem kesihatan.

Membahayakan Nyawa Jika Ditiru

  • Penonton mungkin cuba meniru rawatan atau tindakan yang dilihat di drama (contohnya, memberi CPR yang salah, menggunakan ubat tanpa nasihat doktor).
  • Boleh menyebabkan kecederaan serius atau kematian.

Melepaskan Peluang Untuk Mendidik

  • Drama mempunyai potensi besar untuk mendidik masyarakat tentang kesihatan seperti cara mengenali serangan strok, kepentingan CPR, atau simptom kanser.
  • Babak yang tidak tepat membazir peluang ini dan hanya menyumbang kepada hiburan tanpa nilai tambah.

Faedah mendapatkan bimbingan kami

Meningkatkan keaslian dan kredibilit babak perubatan

  • Babak yang tepat secara klinikal akan kelihatan lebih meyakinkan dan profesional.
  • Menarik minat penonton yang celik perubatan seperti doktor, jururawat, pelajar perubatan dan pengamal kesihatan.

Membantu mengelakkan kesalahan yang tidak diingini

Kami akan membantu mengelakkan kesalahan seperti:

  • Menggunakan alat perubatan yang salah.
  • Watak menggunakan istilah perubatan yang tidak tepat.
  • Situasi tidak realistik seperti koma bangun terus sembuh.

Memberi inspirasi kepada babak yang lebih kuat dan emosional

Selain menyemak fakta, kami juga membantu:

  • Menyusun plot perubatan yang logik dan dramatik.
  • Memberi cadangan realistik bagi membina konflik, kejutan, atau resolusi dalam babak.

Menyusun arah teknikal untuk penggambaran yang lebih lancar

  • Menyediakan panduan ringkas untuk pelakon tentang ekspresi wajah, pergerakan, atau cara menggunakan alat perubatan.
  • Menyediakan storyboard perubatan untuk pengarah dan krew supaya penggambaran lebih efisien.

Meningkatkan nilai produksi secara profesional

  • Produksi akan dilihat sebagai serius dan teliti dalam menyampaikan kandungan.
  • Memberi kelebihan kepada pitching, penajaan atau pemilihan festival, kerana menunjukkan kualiti tinggi dalam penyelidikan dan penyampaian.

Peluang pendidikan untuk penonton

  • Babak yang tepat boleh mendidik masyarakat tentang isu kesihatan sebenar seperti strok, CPR, serangan jantung, kemurungan, atau kanser.

Perkhidmatan kami

Semakan ketepatan fakta perubatan

Klik disini

Proofreading istilah dan dialog perubatan

Klik disini

Penambahbaikan babak perubatan
(Scene Fix & Enhancement)

Klik disini

Sokongan watak profesional Kesihatan

Klik disini

Semakan storyboard dan aliran cerita

Klik disini

Sesi perbincangan profesional

Klik disini